Tips Makeup Mengikut Warna Kulit - ZOURA PRETTY FINGERS



Bagi B2B yang xtahu makeup yang sesuai dengan warna kulit korg, boleh baca tips nie untuk beritahu pada jurumekap korang pada hari bahagia nanti :
Enjoy :)

:)
a) Berkulit Cerah
Kepada anda yang tergolong di dalam wanita berkulit cerah. Kredit extra untuk anda kerana rata rata permainan warna sesuai dengan anda. Anda boleh menggunakan warna cerah mahupun gelap. Tetapi pilihan terbaik jika anda memilih makeup natural look, ia akan lebih menaikkan seri muka anda. Seperti eyeshadow warna biru muda, gold, kuning cair dan sebagainya. Cuba untuk minimakan warna pink/merah blusher anda. Lebihkan bahagian mata untuk tampak galak. Bibir pula anda boleh mainkan dengan warna terang seperti merah, pink untuk tampak segar bermaya di hari bahagia.

b) Berkulit Sawo Matang
Memiliki kelebihan extra daripada mereka berkulit cerah, anda boleh memilih pelbagai warna yang sesuai. Anda boleh tampak classic dengan padanan warna rona gelap di bahagian mata dan merah delima pada bibir atau anda boleh tampak ayu dan manis dengan warna tanah. Jangan bimbang jika anda ingin penampilan make up yang unik, anda juga boleh mencubanya. Cuma pastikan warna anda bersesuai dengan tema, baju dan paling penting warna kulit. Nasihat admin, cuba bincang dengan jurumekap anda mengenai pemilihan warna yang anda mahukan dan cuba sama ada bersesuaian atau tidak rona itu dengan anda. Anda boleh rujuk penampilan make up Eva Longoria, cara beliau memainkan warna make up dengan skin tone nya.

c) Berkulit Gelap
Jangan khuatir kerana anda yang berkulit gelap turut mampu tampak menawan di hari bahagia dengan make up anda. Cuba pilih rona warna tanah yang memberi fokus utama kepada bahagian mata. Dengan lebihan sentuhan di bahagian mata mampu menampakkan anda memberikan pandangan seksi dan percayalah, anda mampu tampak secantik bidadari. Anda boleh memilih warna seperti hitam, coklat gelap/cair, purple, dark gold, mahupun dark green. Permainan warna untuk bibir pula cuba untuk gunakan rona tanah juga. Ini kerana, bimbang kalau menggunakan warna seperti merah akan menampakkan muka atau raut wajah anda tampak garang. Cuba curi penampilan seperti Halle Berry atau jika anda berani, cuba jadikan Rihanna sebagai panduan make up untuk hari bahagia anda.

Tahukah anda bahawa make up memainkan peranan penting untuk seseorang pengantin bagi menampakkan seri di wajah terlihat. Pemilihan make up yang betul membantu untuk menaikkan semangat dan keyakinan kerana jika tersalah pilih warna makeup, di sebalik melihat yang hadir gelakkan anda, bukankah tercalar rasa di hati? Bukankah hari itu merupakan hari bahagia anda? Haruslah diingat warna baju juga. Jangan pula, baju warna merah jambu, make up warna biru terang. Tak sesuai dipandang mata.
Jadi, pilihlah warna yang tepat untuk make up anda. Meskipun anda terlalu mengikut idola pilihan anda mahupun anda terlalu minat dengan rona warna tertentu, tapi haruslah ingat adakah ia sesuai dengan tone kulit anda?

Buatlah pilihan yang bijak ya!

Kreadit to : ikahwin.my

Jangan lupa follow IG @zouraprettyfingers

Dapatkan harga promo terkini yang terlajak murah !



Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment